Monday, August 22, 2011

Assalamualaikum!

Sesiapa ada terbaca post ni, tolong komen. =)

Monday, May 30, 2011

baru balik dari berkampung.

salam.

lama tak muncul kan? tak sempat sebab sekarang banyak kerja perlu disiapkan. kena buat video, buat brochure, uruskan hal adik, uruskan hal GOP, dan ni baru sahaja balik daripada JOHOR sebab ada event kat UTM.

kesibukan mula melanda. dan laptop ni sahajalah teman aku buat masa ini. kalau aku masuk mahkamah ke ap ke kan, boleh tak buat laptop ni jadi saksi? sebab dia sahaja tahu apa aku buat setiap masa. haha.

ok. aku nak cerita sedikit mengenai Perkampungan PERSIS 2011 yang diadakan baru2 ini. memang aku mengaku teruk sekali pengurusan untuk event ini. dan yang menyebabkannya bukanlah orang lain pun, pegawai atau pun penyelaras program tersebut.

semua benda nak ditentukan oleh beliau. sehingga duit untuk program pun beliau pegang mencecah ratusan ribu ringgit. apabila ahli ingin meminta duit untuk membeli barang2 untuk program, diberinya hanyalah RM50.

korupsi berlaku agaknya. dan perkara ini telahpun dipersutujui oleh beberapa pihak yang berkenaan untuk dibawa ke pihak atasan untuk menentukan keadilan. jika tidak, perkara ini akan berulang lagi dan siapa yang malu? UTM dan pelajarnya jugak.

aku tak mahu bercakap banyak. kita tengok nanti kisahnye macam macam mana. memang pihak kami tidak akan berpuas hati walau apa pun yang  beliau buat dan beri. sepandai-pandai tupai melompat akhirnya akan jatuh ke tanah juga.

sekian.

p/s: today should be a wonderful day for us. =(
p/s/s: bannyak lagi benda aku kena belajar mengenai kamera.

Monday, May 16, 2011

selamat hari guru.

sepanjang hidup aku selama 18 tahun ++ ni. aku ada seorang guru yang paling aku bangga dengan keazaman beliau untuk mendidik anak bangsanya. kalau ditanya siapa guru terbaik dunia, bagi aku, beliau layak untuk memiliki gelaran tersebut.

guru tersebut adalah guru di sekolah rendah aku dulu.

CIKGU FADZIL.

beliau memang bersungguh2 untuk menjadikan aku nak kawan2 ku berjaya dalam UPSR waktu tu. beliau sanggup ambil sendiri dan hantar sendiri pelajar untuk diberi tuisyen, ataupun ke kelas malam. makan diberinya. minum pun dibelanjakan. tempat dicari sendiri. bayarannya memang aku merasakan tidak setimpal kalau difikirkan kembali dengan penat lelahnya berulang-alik setiap hari untuk mencurahkan walau sehelai kertas yang berilmu.

memang aku cukup kagum dengan sikap beliau. dari dahulu sehingga sekarang. dia sentiasa begitu. walau pun sekarang sudah jarang berhubung tapi aku tahu aku masih lagi terasa terhutang budi dengan beliau. dan aku harap dapatlah aku membalas jasa baik beliau. sangat aku harap.

selamat hari guru.

p/s: tadi pergi maktab jumpa cikgu2. cikgu2 masih ramah seperti dulu. =)

Saturday, May 14, 2011

buntu!

ekceli aku buntu samada nak meneruskan blogspot cakapshutter ataupun hentikan sahaja. di cakapshutter, aku kongsikan apa yang aku tahu mengenai gambar dan kamera. dan aku sedar banyak lagi yang aku perlu tahu sebelum aku membebel mengenai perkara-perkara penting tersebut. ilmu yang aku ada hanyalah secebis kain berukuran hanya 5cm daripada satu ela kain. jadi aku merasakan aku perlu hentikan membebel di cakapshutter dan kutip ilmu dahulu sehinggalah aku merasakan diri sendiri ini layak.

tapi. membiarkan cakapshutter tu macam tu saja memang merugikan. so aku ingat nak teruskan jugak tapi aku ingin jadikan seperti portfolio aku dalam bidang ini. apa2pun. sokonglah. yang penting, kita mencuba!

sekian.

p/s: mana nak carik clip microphone?

Thursday, May 12, 2011

hujan akhirnya.

salam.

hari ni betul2 baru terasa nikmat balik bercuti kat rumah. mana taknya. hari2 sebelum ni panas memanjang. tidur malam pun berpeluh. hari ni barulah terasa sedikit sejuk sebab hujan. takyah la nak half-naked dalam bilik ni sorg2. haha.

panas sekarang ni memang luarbiasa. semakin hari semakin teruk panasnya. Bumi pun dah mula bertindak balas atas kerakusan manusia mengejar kemajuan. usia dunia pun tak lama dah lagi ni. hidup pun belum tentu boleh lagi keesokan harinya. so semua sama2lah bersyukur dapat bernafas lagi ok. =)

hari ni baru ingat nak pergi panaskan balik 550D tu tapi hujanlah pulak. dah lama menyorok dalam beg dah itu kamera. haha. tengoklah petang2 nnt kalau cerah aku redah jugak. n tunggukan update aku malam ni dekat cakapshutter ok. =)

chow!

p/s: semalam berboling dengan sedara izan ahmad badri. kalah. haha.

Wednesday, May 11, 2011

banyak barang sampai kat rumah.

salam. hari ini hari rabu. hari ini aku sorang2 jugak kat rumah lagi. semalam seharian di dalam tren ketapi ke tg malim ulang alik. walaupun agak penat. gagahkan jugak lah. =)

minggu ni banyak barang sampai kat rumah dengan pos laju. 1st, speedlite dengan wide lens converter yang aku order dekat lelong.com.my . speedlite ok tapi masih belum membaca manual so tak test lagi pun. wide lens converter aku yang bermasalah. haha. aku tersilap pilih diameter lens aku. so kena postage balk ke pembekal n dia akan hantar yang betul. nasib pembekal baik. =)

2nd. beg kamera aku. haaaa. dapat pun. punya la lama. dah berbulan2 aku tggu barulah dapat. sebelum ni pakai beg kamera yg segitiga kecik tu. dah la jenama nikon tapi dslr jenama canon. haha. oklah dah dapat beg ni. besar sikit nak isi barang pun. tapi kan. speedlite mungkin tak muat. haha. sumbat je la kan. 

3rd. baju JOHO. 1st edition punya. haha. aku order dari JOHO betul2 hari last untuk order. mereka reprint balik 1st edition punya tshirt sebab permintaan ramai. so alang2 aku dapatkan lah satu. =)

ok. apa lagi nak sampai ni? haha. 

hari ini aku ingat nak habiskan video2 yang aku patut kerjakan dahulu. nanti dah siap aku akan tayangkan ok. selamat bertemu lagi. =)

p/s: hari ini hari lahir adik aku.

Monday, May 9, 2011

UTMBlogger!

hari ini hari isnin. selalu kalau hari isnin minggu2 biasa sekarang dah bersiap dengan baju kemeja semua dah ada kat fakulti. tapi hari ini, aku bangung tidur lepas tu tidur balik. haha. sebab sekarang dah cuti, so tak berapa nak kisah sangat kalau bangun lambat pun. tapi jangan lambat2 sangat sudah nanti kena jirus air. =)

ok. kali ni aku nak ceritakan pasal UTMBlogger. tahu ap tu UTMBlogger? ha. ni nak bagitau ni. UTMBlogger ini adalah satu komuniti yang diwujudkan atas dasar untuk mengumpul para blogger yang menetap atau pun belajar di UTM.

untuk waktu sekarang, aku tengok ramai daripada ahli2 merupakan pelajar UTM Skudai. mungkin ada jugak la UTMKL tapi aku tak berapa kenal sangat. nanti2, kenalkan la eh. =)

ekceli, mula2 dulu, aku tak ikut sangat dengan perkembangan UTMBlogger ni. yang aku tahu, boleh dapat ping je la daripada web UTMBlogger. semuanya bermula daripada bulan lepas bertarikh 23 April 2011. satu gathering UTMBlogger pun diadakan untuk berjumpa dengan blogger2 yang ada.

aku tahu pasal gathering ni pun dah last2 minit. pergi je la dah org ajakkan. so dah pegi tu dapat la kenal beberapa blogger yang lain. adalah jugak beberapa blogger yang otai belaka. ilmu tu mesti la kena kongsi kan. so mereka2 ni pun share lah serba sedikit mengenai blog masing2.

walaupun tak banyak yang dapat dipelajari, sekurang2nya ada jugak. daripada sini lah, aku dapat semangat balik nak tulis blog ni. sebab dah tinggal lama kan. haha. ok. malas nak cakap panjang sebab aku tahu mungkin gambar2 ni dah outdated tapi aku nak post jugk. ni sekali dengan gathering kedua yang aku join, pergi main boling. ok. tengok2lah. =)






alamak. banyak la pulak gambar ni. nak pilih dah rambang mata. haha. nah kalau nak tengok jugak. bukak ni ok. =)



p/s: hari ini orang jauh dah start exam. so gluck ok!

Sunday, May 8, 2011

comeback!

ok. aku mengaku aku telah lama tinggalkan blog aku bersawang. banyak sebab kalau aku nak ceritakan pun, so tak payah nak panjangkan cerita lagi. kita terus saja. =)

hidup aku selama 2 bulan ni memang banyak yang aku lalui dan alami sebagai seorang mahasiswa dan juga seorang yang digelar insan. banyak yang aku pelajari dari orang2 di sekeliling, yang dekat dan tak terkira jugak orang yang jauh nuuuuuuun di sana. jauh2 pun, dekat jugak kalau dapat internet. haha. boleh sembang depan2 jugak kan. =)

so kepada orang jauh n dekat tu, aku ucapkan bebanyak ribuan terima kasih. =)

banyak ekceli aku nak ceritakan kat sini. tapi aku simpan dlulah cerita2 tersebut sebab aku nak simpan dalam post2 lepas2 ni. so aku nak ucap selamat kembali kat diri sendiri sebab takdak orang ucapkan lagi. haha. ok. jumpa lagi. thanks.

n

"SELAMAT HARI IBU"

Sunday, April 3, 2011

Kereta mampus

Salam sejahtera rakan rakan blogger.

Di sini hanya mahu memaklumkan bahawasanya saya kini tersadai di rumah  seseorang yg sgt baik. Kerana kereta ku mampus akibat kehabisan bateri. Itu diagnosis aku. Ntah la betul ke tidak.

Apa apa pun aku mengantuk gila skrg lepas menjamah Big Mac seketul. :)

Aku akan balik ke UTM malam ini. Doakan semoga perjalanan pulang aku selamat. :D

Thursday, March 31, 2011

Baloq liat

Orang utagha cakap malaih tu baloq liat. Dengan ini aku mengisytiharkan bahawasanya, aku baloq liat. Bukan setakat liat, liat nak mampoih. Baloq liat nak update blog. Blog bersawang macam sarang Spiderman. Sarang Spiderman sejuta kali lawa. Sarang cucu cicit Spiderman yang hang out kat bilik aku ni pun lagi lawa. Mungkin aku patut hire PA nk update blog ni. Sapa nak jadi PA aku? Haha. :P Walk in interview meh. Btw, aku rasa aku perlu exercise, lemak di badan makin beranak pinak. :D

Okay tu ja. Sekian terima kasih.

Yang benar,
AfifAmaliOthmanPemalas

P/s: syfqhamira sangat baik budaknya :D