Tuesday, July 27, 2010

hidup.baru

quiet some time tk update blog..

(pemalas sket aku ni) haha...

ok.. start dengan minggu lepas.. ekceli mggu lpas tkde pape sgt yg penting dan bermakna untuk aku warkahkan pada post kali ini...

just, last saturday i had my intebiu with the board of Palapes.

intebiu berjalan dengan lancar dan aku ditegur mempunyai rambut otromen.. haha..

and today, the result of the intebiu kuar.. aku tk sempat pgi tgk pun.. aku ty membe je la.. n.. syukur.. me with my friends who had been into a series of test.. did not fail.. so.. TAHNIAH!!!

ok.. dah pasal tu.. now.. aku kena pikir apa yang aku patut buat lepas ni.. dah masuk Palapes.. i think i had to change.. a bit of my discipline.. a bit of my commitment.. so that i can make through this sem with flying colours~

adding to that.. i'm joining a french language lesson.. =) tk sure lagi nak join ke tk.. tp org tu dah kol dah tadi bgthu butir2 kelas mggu depan.. n this needs money.. so MARA please la percepatkan urusan2 duet tu.. nak duet~ nak duet~ nak duet~

so skang.. aku nk tdo.. bit sleepy.. sok ad lab physics..

nyte~

Sunday, July 25, 2010

hari.ahad (++.)

hari ini hari ahad.
ada apa dengan hari ahad?

haha~

Saturday, July 17, 2010

minggu.pertama~


sori sebab lama tk update di blog ni..

agak bz 2-3 ari ni disebabkan bermulanya kuliah aku di UTM..

banyak sebab dan musabab perlu dipikirkan sebgai langkah memulakan hari-hari pertama kuliah di sini..

buku banyak yg perlu dibeli.. makan agak susah dicari.. kena meneroka ke tempat2 baru di UTM ni..

n paling penting.. [DUIT].. ble la MARA nak msukkan duit ni.. pening kpale memikirkan perihal wang belanja~

hari-hari pertama 'persekolahan' tidaklah begitu mencabar.. masih byk kelapangan masa dan aku bersama member2 sefizik dengn aku.. mengambil kesempatan masa itu untuk menonton muvi di library~ wah... heaven gle.. haha...

ini senarai lecturer2 yang mengajar aku.. beberapa memang lecturer yg aku kenal semasa berada dalam Forecast dlu..

-Physics Mechanics ---> Dr Zuhairi Ibrahim
-Physics Electric and Magnet ---> Dr Jasman Zainal
-Introduction to Physics ---> Dr Nariah
-Mathematical Methods 1 ---> En. Ismail Kamis
-Physics Laboratory ---> (not yet discovered)
-TITAS ---> (not yet discovered)

so.. berada dalam kelas En. Ismail Kamis (IK) sekali lagi memang agak menyenagkan hati.. bcause his way of teaching is slighty different from the others..

boleh aku classifykan bersama Tc. Wan dlu di MRSM PDRM.. cara pemikiran mereka dalm menyampaikan sesuatu ilmu itu berlainan.. memang begitu efisien lecture2 mereka ini..

sama jugk dengan Dr Zuhairi.. aku agak meng-admire kan beliau kerana pengalamannya dan juga kemurah-hatiannya.. selalu sgt belanja aku.. dlu la.. haha..

(agak2 kalau mereka2 membaca ini.. markah aku naik tk exm nnt?? =b)

as this is the 1st week of aku punye kuliah.. aku tkde lah dpt assggnment byk sgt.. just a few math problem yang perlu diselesaikan sendiri..

(eh.. aku wat tk lagi eh??)

beralih dari aktiviti akademik ke aktiviti K0-Q aku di sini.. maybe ramai yg terkejut kot.. haha..


aku join PALAPES!! aku dah pikir masak2.. habis hangus dah aku pikir.. =)

aku memang tekad nk msuk Palapes.. ramai yg msuk ssb faktor duet elaun yang dibayar kepada anggota2 Palapes..

(n salah sorg drpd yg ramai itu adalah aku.. =)..

tp.. aku rse sblum ni aku macam selalu menolak cabaran2 yg ad dlm hidup aku.. klu aku nak listkan cabaran2 tu pun japgi sampai esok pun tk kesudahnye.. memang banyak.. haha..

so.. aku nak gak satu.. satu cabran yg maybe akan mengubah aku menjadi lebih baik dari sekarang..

although it is quiet tough.. yela.. we cannot be in our comfort zone always right?? nnt naik minyak org kata..

tadi aku ad ujian kecergasan pengambilan ahli baru anggota Palapes.. setelah berlari sejauh berkm-km.. ditambah lagi dengan lompatan 'stajam' yang tidak ad dalam senarai ujian kecergasan.. aku gagal mengharungi ujian kedua.. ceyt betul.. macam mana la aku boleh tiba2 kata pada staff tu yang aku tk larat..

agak nyesal bila pikir2 balik aku cakap macam tu.. otak pikir lain, hati nak lain..

dalam otak aku duk pikir yang ujian ni susah..

dalam hati aku memang tekad nak join Palapes..

las2 aku terpilih otak..

(lepas ni kena tukar nama blog la.. hatikataituini.blogspot.com.. =D)

tpi aku memang betul2 bernasib baik.. selepas habis semua ujian td.. aku bersama2 beberapa orang yg gagal meneruskan ujian itu.. dipanggil oleh staff..

setelah bersesi soal jawab bersama beberapa org staff.. aku menytakan yg aku mmg btul2 nak join Palapes..

n mmg rezeki aku hari ini.. staff itu mengofferkan aku peluang sekali lagi.. untuk buktikan yg aku btul2 nk join..

aku diminta mengikut salah seorang staff itu untuk berlari sekeliling UTM.. entah berapa la jaraknya.. aku usahakan juga..

n akhirnya.. bila aku nampak je bangunan markas Palapes tu.. aku lagi bersemangat nak berlari.. keputusannya aku lulus..

aku diterima masuk balik untuk meneruskan lagi beberapa siri ujian selepas ini.. syukur~

penat pun blum hilang lagi ni.. so.. aku nak msuk berlayar-layar dalam lautan angan2 aku.. haha..

(aku selalu berangan ke eh??)

nyte~

p/s:ad cadangan nak angan2 ap?? =b

Sunday, July 11, 2010

kuliah bermula~

-tanggal 12 Julai 2010-

Bermulanya hari aku sebagai seorang mahasiswa UTM yang mengambil jurusan Sarjana Muda Sains Fizik Tulen. Harap hari pertama merupakan hari yang baik esok. Wish me luck. Harap dapat teruskan impian aku, diiktirafkan sebagai Nobellaurette. =)

ekceli. otak aku kosong sekarang ini. haha. tadi petang, aku bersama beberapa orang membe, student forecast jugk, keluar ke JB menaiki kereta sewa.

boleh dikatakan enjoy la juga. destinasi pertama ialah PERSADA JB. ada PC Fair di sana. bersesak-sesak kami sebab hari ini hari terakhir ditambah lagi dengan hari Ahad, weekend untuk orang-orang JB. memang penuhlah tempat itu.

setelah itu, kami menuju ke CS JB. walaupun kelam-kabut sikit, tapi sempat juga menonton wayang 'Indespicable Me'. enjoy movie tu. =)

and then, sesi bergambar di Danga Bay. gambar belum diperoleh lagi. akan datang akan diuploadkan ke Fb aku. usha-usha la nanti. =)

so. sekarang dah balik bilik. sambil menaip-naip keyboard laptop aku ini. haha. dah kering otak aku.

arios~

Sunday, July 4, 2010

Minggu Tranformasi Mahasiswa~

so,

hari ini bermulanya hari aku sebagai salah seorang pelajar degree di UTM ~mereka kata Universiti Terbaik Malaysia~ haha... =)

lepas men-registerkan diri di kaunter pendaftaran, aku melangkah masuk kaki right aku ke dalam bilik X2-101. nama aku start with "A", so aku ditempatkan di bilik paling no 1 sekali... haha...

sebilik dengan teman seperjuangan semasa di Forecast dahulu, Jalak nama panggilannya... haha... nasib baik dapat duk dekat-dekat dengan orang yang aku kenal... senang sikit kalau ada apa-apa... =D

lepas selesai di bilik, aku keluar makan la dulu... lapaq ni... haha...

makan asam pedas ikan pari... sedap... =)


time abah dan ibu aku nak balik tu... aku terasa sayu la sikit... rindu plak aku nak duk kat rumah... boleh tolong sikit-sikit ibu aku kat kedai tu... huhu...

tapi hendak buat macam mana... memang aku kena teruskan la..

"No sacrifice No victory" - someone tell me this...

untuk yang terakhirnya di post ini, doa-doakanlah aku supaya mengharungi minggu orientasi dengan semangatnya(haha... cam tk cye je ni... =b)


~~~~

Thursday, July 1, 2010

pursuing degree~

akhirnya~

aku baru hendak bertolak dari Kulim...

to all Forecasters... see you in UTM...

=D