Tuesday, November 30, 2010

Hibernasi tamat!!

haha.. dah macam polar bear la pula berhibernasi ni.. yela.. terbaring atas tilam tidak kurang daripada 20 jam.. nasib aku bukan polar bear.. kalau tidak lagi lama la aku atas tilam tu.. haha..

hari ini bangun terlewat sedikit. plan nak bangun awal so boleh start kemas bilik awal. tapi terbabas pula. haha. bilik baru sahaja habis kemas. ada la beberapa perkara lagi yang perlu dilakukan tapi terpaksa ditangguhkan dahulu ok.

tadi masa kemas bilik aku ini. ada la satu kotak yang aku simpan semua kertas2 periksa masa sekolah menengah dahulu. bila tengok2 balik. buat semak saja dalam bilik aku ni. baik buang. tapi rasa sayang pula nak buang. sayang la. dakwat pen tu bukan murah tau. haha. bila tengok balik semua penulisan jawapan aku itu, aku rasa semacam pula. sentimentel sangat ke eh aku ni. haha. last2 aku decide nak simpan kertas jawapan karangan dan esei saja. eh karangan dengan esei bukan sama saja ka? mana ada. karangan BM. esei BI. =p

aku simpan jawapan karangan itu sebab dulu aku ada plan nak digitalizedkan semua karangan aku dalam bentuk blog. tapi impian tidak kesampaian. haha. so sekarang dah ada masa. boleh la. nantikan eh kemunculannya. macam grand sangat saja.

lepas habis kemas tu, aku terfikir balik. tak ke rugi print kertas banyak2 untuk periksa tapi hanya guna sekali sahaja seumur hidup. kalau la periksa tu boleh diadakan menggunakan komputer, kan tak rugi. macam Score A, (ceh.. promote la sikit..haha ) semuanya dilakukan dalam komputer menggunakan internet. tak susah pun malah lagi memudahkan semua pihak. student, guru, pegawai periksa, PPD, kementerian. semuanya dilakukan secara atas talian. so aku memang sekali, (bukan sekali, berkali-kali) mengesyorkan penggunaan program Score A ni.. =)

ok. nak pergi sambung hibernasi. eh. tak2.. nak pergi sambung makan nasi. haha..

Monday, November 29, 2010

Saya Sudah Kembali!!

Nak buat comeback boleh tak?? Haha..

Agak lama menyepi. Sori eh para-para followers sekalian. Final exam harus diutamanakan. =)

ok. final exam pun dah tamat. saya pun dah kembali ke kampung untuk cuti sem 1. cuti sebulan. agak-agak nak buat apa kat rumah ni eh? haha.. sapa2 ada cadangan?

seperti yang aku janjikan dahulu. akan ada renovation ke atas blog ini. akan siap menjelang pertengahan Disember. thanks to MelRomeo yang sudi mendesignkan blog ni. harap-harap dengan design yang baru ini, serta penjenamaan semula. eh2, nak jenamakan apa lagi?? haha.. tunggu ok. =)

review sikit pasal final exam hari tu. 4 paper sahaja yang aku ambil untuk sem 1 ni.

TITAS (result dah keluar, hanya B+ yang mampu, tak bertamadun betul. haha.)
Mathematical Method (paper ni aku kantoi sikit la. tak susah pun. tapi tak ingat method. adess.)
Physics Electric (yang ni kalau aku dapat A memang aku belanja semua orang. haha. dah tahu tak akan dapat A)
Physics Mechanics (paper ni aku boleh jawab lagi la.. =)

planning aku cuti sem 1 ni, nak teruskan dengan Score A aku. Lepas-lepas ni aku akan reviewkan apa itu 'Score A' ok. =)

bilik aku perlu dikemas kerana sudah lama ditinggalkan, barang pun banyak ni. nak letak mana eh?? buang boleh tak. haha..

ok. pergi dulu. =D

Wednesday, November 3, 2010

final exam!

salam dan selamat petang.

lama sungguh aku tidak menjenguk blog ini. haha.. dah jadi malas agaknya nak berblog pasal diri sendiri. aku bercadang lepas ni nak renovate cara berblogging aku. =). tapi. sebelum itu, ad benda lain yang menanti untuk didahulukan.

-final exam
-bisnes Score A
-lesen memandu
-dan beberapa lagi(tak ingat ekceli.. haha)


nantikan kemunculan semula otak2 ni.. haha..

p/s: mungkin agak lama akan menyepi.