Tuesday, November 30, 2010

Hibernasi tamat!!

haha.. dah macam polar bear la pula berhibernasi ni.. yela.. terbaring atas tilam tidak kurang daripada 20 jam.. nasib aku bukan polar bear.. kalau tidak lagi lama la aku atas tilam tu.. haha..

hari ini bangun terlewat sedikit. plan nak bangun awal so boleh start kemas bilik awal. tapi terbabas pula. haha. bilik baru sahaja habis kemas. ada la beberapa perkara lagi yang perlu dilakukan tapi terpaksa ditangguhkan dahulu ok.

tadi masa kemas bilik aku ini. ada la satu kotak yang aku simpan semua kertas2 periksa masa sekolah menengah dahulu. bila tengok2 balik. buat semak saja dalam bilik aku ni. baik buang. tapi rasa sayang pula nak buang. sayang la. dakwat pen tu bukan murah tau. haha. bila tengok balik semua penulisan jawapan aku itu, aku rasa semacam pula. sentimentel sangat ke eh aku ni. haha. last2 aku decide nak simpan kertas jawapan karangan dan esei saja. eh karangan dengan esei bukan sama saja ka? mana ada. karangan BM. esei BI. =p

aku simpan jawapan karangan itu sebab dulu aku ada plan nak digitalizedkan semua karangan aku dalam bentuk blog. tapi impian tidak kesampaian. haha. so sekarang dah ada masa. boleh la. nantikan eh kemunculannya. macam grand sangat saja.

lepas habis kemas tu, aku terfikir balik. tak ke rugi print kertas banyak2 untuk periksa tapi hanya guna sekali sahaja seumur hidup. kalau la periksa tu boleh diadakan menggunakan komputer, kan tak rugi. macam Score A, (ceh.. promote la sikit..haha ) semuanya dilakukan dalam komputer menggunakan internet. tak susah pun malah lagi memudahkan semua pihak. student, guru, pegawai periksa, PPD, kementerian. semuanya dilakukan secara atas talian. so aku memang sekali, (bukan sekali, berkali-kali) mengesyorkan penggunaan program Score A ni.. =)

ok. nak pergi sambung hibernasi. eh. tak2.. nak pergi sambung makan nasi. haha..

No comments: