Friday, December 31, 2010

result oh result.

oh dikau result. berapa requirement utk dean list nii?? -_-'

Wednesday, December 29, 2010

sigh*

nothing to say.

just sigh*

Tuesday, December 28, 2010

ISO speed.

ok. masih lagi dalam learning mode. =)

kali ini aku akan bercerita mengenai ISO speed. elemen ketiga yang penting dalam photography. tak banyak info sangat yang aku dapat mengenai ISO speed ni. tapi aku akan kongsi apa yang aku tahu je ok.

pernah tak pakai kamera dulu2? yang ada filem suma tu. kamera dulu2 pakai filem. and pada kamera yang berfilem tu. ada satu feature iaitu film speed. berbanding dengan kamera sekarang. mana ada nak pakai filem dah. haha. suma dah di'digitalized'kan. so ISO speed ini menggantikan film speed di mana ISO ini adalah sensor di dalam komponen sesebuah kamera.

ok. ISO speed ini mewakili the sensitivity of light. lagi tinggi nilai ISO lagi sensitive lah kamera tu terhadap light. dan sebaliknya. maknanya. kalaulah di tempat yang gelap contohnya dalam bilik yang tk berlampu tapi ada tingkap. suitable ISO speed maybe dlam 800 ke 1600. kalau di tempat yang cerah contohnya di taman permainan atau outdoor place yang mana dilimpahi dengan cahaya matahari yang cerah. suitable ISO speed adalah 100-200.

lagi gelap sesuatu tempat. sensitivity of light kamera tu perlulah tinggi. dan juga sebaliknya. ISO speed kalau lah nak dianalogikan. seperti retina pada biji mata kita. semua belajar bio kan? haha. paham sendiri. =p

ok. side effect ISO speed. semakin tinggi ISO speed ni actually semakin tak bagus. kalau boleh. semakin rendah ISO speed value ni semakin bagus. ini sebab. semakin tinggi nilai ISO speed semakin banyak noise yang akn diintroducekan ke dalam gambar. tahu noise? dia macam bintik2 berkaler2. haha.

credit to gimp
ok. seperti contoh kat atas ni. yang atas tu adalah gambar yang perfect. n di bawah adalah yang yang bernoise. (noise dalam gambar ni teruk sangat. selalu takdela sampai macam tu. sikit2 je daripada tu.)

paham? ok. tu yang akan jadik kalau ISO speed terlalu tinggi. apa akan jadi kalau ISO speed terlalu rendah? kelebihan ISO speed rendah ni adalah colour. colour akan menjadi lebih terang daripada apa yang aku paham.

untuk memanipulasikan ISO speed ni semasa menangkap gambar, perlulah ambil tahu amount cahaya di sekeliling. atau kalau nak senang. set je kepada AUTO. haha. tapi kalau nak lebih bebas atau lebih kreatif. manualkan lah ISO speed dan suka hatilah nak tangkap macam mana pun.

sampai sini saja ok. ketiga-tiga elemen penting aku dah huraikan. so. lepas ni. banyak2kan shoot ok. =)

Saturday, December 25, 2010

aperture.

ok. jom sambung sesi pembelajaran aku dalam memahami dslr. aperture. boleh bunyik 'ape tu', 'ape cer', 'ape tu re' dan macam2 lagi bunyi yang masing2 suka. aku bunyikkan 'aperture'. =p

haha. aperture juga salah satu elemen basic dalam photography.daripada apa yang aku paham. aperture ni mengawal focal length bagi sesebuah lens. focal length mengawal kedalaman sesuatu gambar. analoginya. aperture ni macam lubang cahaya.
sebelah kiri aperture rendah. sebelah kanan aperture tinggi.
credit to goldfries.
paham apa maksud aku? semakin tinggi nilai aperture, semakin sempit lubang lens tu akan terbukak dan sebaliknya. maka dengan lubang lens yang sempit, gambar itu boleh diambil dengan lebih dalam atau jauh. dengan lubang lens yang lebih luas, gambar itu hanya boleh diambil dengan kedalaman yang sikit atau dekat. haha. mesti susah nak paham. meh aku demo sikit.


ok. gambar atas adalah dengan aperture tinggi dan gambar bawah adalah aperture rendah. dengan aperture rendah. kedalaman gambar itu akan menjadi lebih cetek la sengan paham. maka. objek yang dekat akan difokus. dengan aperture tinggi, kedalaman gambar akan menjadi lebih dalam maka objek jauh akan menjadik fokus semuanya. 

sudah paham? ok. seperti shutter speed, aperture juga ada side effect.brightness. juga seperti shutter speed. ok. apabila aperture rendah, lubang lens akan terbuka luas. maka banyak cahaya yang akan masuk. kesannya gambar akan jadik terlebih terang. dan juga sebaliknya. untuk menstabilkan balik kemasukan cahaya itu, kita perlula alter dengan shutter speed dan juga ISO. inilah pentingnya kerjasama tiga beradik shutter speed, aperture dengan ISO. 

dah paham sikit2? aku pun mula2 susah nak paham pasal aperture ni. tapi bila dah 2-3 puluh kali try ok la. =D

nilai aperture berbeza mengikut lens. kalau nak cek. tengok kat depan lens tu. macam ni.
credit to dpreview
ok. macam lens kat atas ni. nilai aperture dia. 2-2.4 dengan 9.7-48.5. tapi kalau kit lens selalu 3.5-5.6 dan ke atas.

ok. setel bab ni. nanti aku sambung pasal ISO pulak ok.

Wednesday, December 22, 2010

shutter speed.

ok. kali ini aku nak kongsi sikit pengetahuna aku yang serba tak banyak ni dalam bidang shooting ni. baru belajar la katakan. orang kata kalau kita share ilmu kita akan dapat kuasai ilmu tu lebih kan? =)

shutter speed. satu elemen penting yang teramat2 penting kalau nak pakai dslr. atau kamera2 yang seangkatan dengannya. tapi sebab aku pkai dslr aku ckp dslr la eh.

ini lah shutter. credit to goldfries.
shutter. tahu apa itu shutter? shutter adalah macam tingkap untuk sebijik kamera. macam rumah kan ada tingkap. kita buka tingkap, cahaya masuk la. macam kamera. shutter ni tingkap dia. bila bukak je cahaya masuk. bukak je cahaya masuk. ok. so. bila bercakap tentang shutter speed. bermakna kelajuan tingkap itu dibukak dan ditutup. so. kalau shutter speed slow. tingkap akan terbuka untuk satu masa yang agak lama. pada masa tersebut. cahaya akan masuk dengan banyaknya. n sebaliknya kalau shutter speed laju. tingkap akan terbuka hanya sekejap dan cahaya yang tertangkap mungkin sikit.

apa pentingnya shutter speed ni. ok. ada dua situasi. satu. kita pergi menonton F1. wah. (wah je lebih. tak pernah pergi pun. tiket mahal. contoh je ok.) sambil kereta F1 itu memecut laju. kita nak shoot gambar kereta. kenalah guna shutter speed yang laju sebab dengan shutter speed yang laju kita dapat freezekan benda yang bergerak. n akan dapat gambar yang clear walaupun kereta F1 itu bergerak laju.
ni masa tengah laju n gambar objek sungguh clear.
credit to google
kedua. pergi menonton F1 jugk. tapi kali ni kita nak tangkap gambar yang menunjukkan kereta F1 tu bergerak laju. gunalah shutter speed yang slow. sebab lagi lama shutter itu dibuka. lagi lama cahaya akan diambil so dapatlah macam kereta itu bergerak sangat laju. paham?
nampak macam laju kan? haha.
credit to google.
ok. shutter speed ni ada side effect dia. ad pros and cons. dengan shutter speed yang slow. kita dapat tangkap gambar yang efek dia terlebih sikit. disebabkan shutter speed yang slow jugak. banyak cahaya yang akan direkodkan. bermakna bringhtness akan melampau2 jadiknya. dengan shutter speed yang laju. kita dapat freezekan objek yang tengah bergerak. dan juga disebabkan shutter speed yang laju. hanya sikit sahaja amount cahaya yang akan ditangkap. bermakan gambar akan menjadi malap.

untuk mengatasi semua cons yang dinyatakan tadi. perlulah tahu pula aperture dan ISO speed. itu lain cerita. ok. lain kali aku sambung pasal aperture n ISO plak eh.

p/s: saya budak baru belajar. ada salah tolong tunjukkan. =)

mengantuk lagi~

hari ini bangun awal. tapitapikan aku rasa mengantuk lagi la. tapitapi tak rasa macam nak tido balik. adeyh. macam mana ni??

Tuesday, December 21, 2010

TRON Legacy n Hantu Kak Limah Balik Rumah review!

haritu pergi tengok cerita ni dengan family. tkdela tengok sekali dua movie terus. tengok asing2 hari lain2 ok. first time plak nak review2 movie ni. haha.

klau aku nek ni smart tak?? haha..
ok. first aku tengok cerita TRON. dah lame dah aku tengok dia punya triller dulu. berminat nak tengok. triller macam best. cerita pun best jugak. =)

ok. cerita ini mengisahkan Flynn, yang telah terjumpa satu miracle dalam dunia digital, yang dia gelar GRID. memang hebat GRID ni. kalau betul la ada. senang semua kerja. haha. n bila si Flynn ni sibuk membina empayar barunya, klon Flynn iaitu Clu yang telah membelotnya. Clu telah disuruh untuk membina empayar yang paling sempurna seperti diarahakan oleh Flynn. oleh sebab kegairahannya untuk membina sesuatu yang sempurna, dia telah bertindak membelot Flynn. lalu Flynn terperangkap la dalam GRID meninggalkan Sam si anak Flynn yang menunggu kepulangan ayahnya.

di tengah2 plot cerita ni yang paling best. apabila Sam mahu keluar daripada GRID itu sendiri dan membawa ayahnya serta Quorra keluar dari situ. jalan cerita yang memang menarik untuk ditonton. yang bestnya. cara menipulasi sistem digital tu. haha. yang tu la orang nak tengok pun kan. aku bagi thumbs up la sebanyak 7 bintang.


ok. cerita ni maktam aku ajak tengok. baca paper semua dah box-office dah ini cerita. kesinambungan cerita zomba dulu tu. =) so, tengok la. hee. cerita ni memang lawak. tak tahan aku gelak sorang2. mana ada gelak sorang2. semua orang dalam panggung tu gelak ap. hee. 

mengisahkan pasal Husin yang pergi bekerja di singapore yang tiba2 putuskan pertunangannya dengan Cik Nin. disebabkan ekonomi Husin yang tidak dijamin, dia bekerja bersungguh2 di sana untuk mengumpul duit sebagai persediaan untuk mendirikan rumah tangga. selepas 3 tahun, Husin pulang ke Kampung Pisang. masa dia balik tu, dia terjumpa Kak Limah terjengei matanya menghadap ke langit. setelah beberapa kejadian yang tidak diingini berlaku, Kak Limah dikatakan hantu di kampung pisang tersebut. nak tahu cerita selanjutnya? tengok la sendiri. haha.

ok. cerita ini banyak memberi kutukan yang membina yang diselit2 dalam skrip. ada yang lawak. ada yang seram. ada yang serius. tapi overall ok la bagi cerita komedi-seram. =). aku bagi thumbs up 5 bintang. 

Monday, December 20, 2010

teman baru. =)

hee. aku dah ada teman baru sekarang ni. nak tahu siapa teman aku? haha. ni dia.


gift from my parents. thanks abah n ibu. =)

ok. so skang ni tengah sibuk membaca manual. walaupun agak tk paham. tapi kena la usaha jua. haha. ok. jumpa lagi. =)

Thursday, December 16, 2010

pink kaler.

heh. sori. rini aku pgi mengecat kedai kek ibu aku. kaler pink lagi. haha. abes baju aku ke'pink'an.. =).. dan aku ada satu berita. ayah kepada Cik Syafiqah Amira Azizan masuk hospital harini. dengar berita darah tinggi. tapi aku tak berapa sure. pada kawan2 yang mana2 berkenaan. doa2kan la eh sepat sembuh. nanti aku pergi melawat aku amek gambar ok. =)

Hanyut - Faizal Tahir

I love you because I know that only you can understand me. When I am "dead-spoken" to anyone, you would be there for me. You help many get through life. You encourage me to be outspoken. You were there somehow. I hope you would be there for my whole life. I can not live without you. I love you because we were a pair. I can not speak well, yet you can, fluently. I can not face someone directly, yet you can, independently. I do not remember anything spontaneously, yet you can, you can remember it for me. I can not manage time good enough, yet you can you help me with my time. I can not express myself, yet can you help me expressing my self. I can not do it alone, yet you can, you encourage me to do. Yes. And yet you need me. You need someone to remember your pills. You need someone who can stand to your stubbornness. You need someone to talk to about your problems. You need someone to hold you tight. You need someone who can take your piss off moment. You need someone who can stand up after you. Yes. You complete me. Me complete you. I just realized. Why I love you? Not because of you. It is because of you and me. I need you. I can not be strong without you.

Wednesday, December 15, 2010

kemas rumah.

ok. hari ni aku berazam nak kemas rumah. haha. depan rumah aku ni semak sangat aku tengok. macam-macam ada. so. aku akan kemas la kejap lagi. jangan terpesong ke lain sudah. =p

p/s: semalam tak boleh tidur memikirkan masalah. harap boleh selesai cepat. 

Tuesday, December 14, 2010

masalah.masalah.masalah.

saya sedang bermasalah. so harap bersabar. thanks.

Apa nak buat kalau ada di rumah?

Salam. Aku ekceli dah tak tau nak buat apa kat rumah ni masa hari2 weekdays. Weekend takpa. Semua dah teratur dengan cantiknnya. Haha. Minggu lepas Dah ke KL. Balik dari KL, tak tahu nak buat apa dah kat rumah ini. bangun tido. makan. mengadap laptop. makan. mengadap laptop balik. mandi. mengadap laptop balik. makan. mengadap laptop balik. tido. kan best kalau mengadap laptop tu boleh dapat duet. haha. ada sapa2 nak bagi cadangan?

Tuesday, December 7, 2010

nak duet tak?

nak duet tak?

Answer here

Monday, December 6, 2010

tunggu masa.

ok. sekarang ni agak sibuk menolong ibu di kedai. so, hanya dapat on9 malam2 sahaja. esok ada kenduri di kampung. rabu tolong ibu di kedai. khamis pergi kunci rimbun sambung belajar kereta. jumaat sudah ada di KL. sabtu seminar usahawan Score A. ahad jpj test untuk kereta sahaja. isnin baru free balik. tkpa2.

hari ni patut ke alor setar untuk melawat membe yang eksiden. tapi terpaksa dikanselkan sebab mereka pergi awal. tak boleh nak ikut. so, tk pergi. harap akba cepat2 la sembuh. =)

sekarang tak tahu nak buat ap. tunggu punya tunggu tak sampai2  pun msg. takpela. masuk tidur dulu la macam ni. ok. nite.~~

Sunday, December 5, 2010

Score A i-Teacher: Revolusi ePendidikan masa kini.

Score A i-Teacher.


 Satu revolusi pendidikan masa kini. Sekarang anak-anak anda hanya perlu 'klik', 'klik' sahaja untuk belajar. Senang? Memang senang. =)

Anak-anak tidak perlu lagi membawa buku ke sana ke mari. Tidak perlu lagi menghadap buku latihan yang membosankan. Tidak perlu lagi menyelak-nyelak buku latihan. Kerana mereka hanya perlu meng'klik', untuk belajar.

Dengan Score A i-Teacher, anak-anak anda akan lebih bersemangat untuk belajar. Kerana program ePendidikan ini sememangnya interaktif lagi menyeronokkan. Semuanya online.


Mendapat pengiktirafan Kementerian Pendidikan Malaysia. Dilancarkan oleh Menteri Pendidikan sendiri. Disokong penuh oleh Pertubuhan Ibu-Bapa dan Guru Nasional. Mendapat kerjasama daripada Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung. Mengandungi kandungan terkini daripada Dewan Bahasa dan Pustaka. Memang hebat.


Sudah terbukti program ini mampu mencemerlangkan anak-anak anda. Dengan kos hanya RM33.50 sebulan, anak anda mampu untuk berjaya dengan cemerlang menggunakan program ini. Memang murah.

Jika mendaftar di pusat tuisyen, satu subjek sudah RM10. Sembilan subjek RM90, sebulan. Setahun, RM1080. Itu baru seorang anak, jika dua orang anak, RM2160 setahun untuk kos pendidikan. Dengan Score A i-Teacher. Hanya RM796 setahun untuk 2 orang anak.

Ya. 2 orang anak. 

Ibu bapa juga diberi kemudahan untuk memantau perkembangan anak-anak mereka dalam pelajaran. Jika sebelum ini ibu bapa ramai yang bekerja sehingga tidak sempat untuk menjenguk buku latihan anak-anak anda, kini dengan Score A i-Teacher, semuanya boleh. Ibu bapa akan dapat laporan berkenaan  pencapaian anak anda melalui SMS. Setiap latihan yang dilakukan, bila-bila masa, di mana-mana tempat. Ibubapa juga boleh melihat eReportCard yang disediakan di laman Score A untuk memantau pencapaian anak-anak anda. Semuanya boleh.

Ditambah lagi dengan ciri unik Score A i-Teacher yang mempunyai cikgu mayanya yang tersendiri. Dibangunkan oleh Universiti Sains Malaysia, program cikgu maya, i-Teacher, sudah pun memenangi anugerah berprestij di peringkat antarabangsa. Apa tunggu lagi? Jomla.



Saya memangmemang mengesyorkan penggunaan program Score A i-Teacher ini untuk pelajar-pelajar sekolah rendah sehingga menengah. ePendidikan sememangnya satu kaedah pembelajaran unik yang terbukti mampu mencemerlangkan anak-anak anda. Apa tunggu lagi? Daftarkan anak-anak anda segera.



Boleh layari www.scorea.com . Klik pada 'online demo'. Dan masukkan 82828 untuk ID.

Hubungi saya di osiris9895@gmail.com atau 0133466511.

ePendidikan Score A i-Teacher Revolusi Pendidikan Masa Kini.

Wednesday, December 1, 2010

Birhtday Present!

okayy. tadi tengahari aku keluar bersama Cik Syafiqah AMira bersama-sama abang dan juga adiknya. agak segan ekceli. tapi buat tak tahu sudah. segan sampai jadi tak ketahuan pun nanti susah juga. haha. pergi tengok cerita Harry Potter 7 : The Deathly Hallows. best. tap belum habis. so kena la tunggu tahun depan untuk sambung kisah si ahli2 sihir. kan best kalau ada wand seorang satu. kerja senang. =)

n masa keluar tadi. Cik Syafiqah Amira memberi la hadiah yang beliau telah belikan kat aku sebelum ni. aku cek2 tengok.


terkejut juga aku tadi tengok kotak dia. haha. mau tak terkejut. dah lama aku mengidam nak dapatkan 505 ni. asyik cari tak jumpa2. yang jumpa model lain. hee. thanks Cik Syafiqah Amira. terharu aku dapat ni. =).

ok. esok aku nak pergi kunci rimbun nak tanya pasal test JPJ aku. dah lama aku tunggu nak habiskan lesen ni.  asyik ada saja aral melintang. haha. harap2 dapat la habiskan awal2 lesen ni. tak payah la bawa kereta dengan lesen agung lagi selepas ni. =)

ok. itu saja. bye,

p/s: modal masih kurang untuk upgrade blog ni. tunggu ya.