Saturday, December 25, 2010

aperture.

ok. jom sambung sesi pembelajaran aku dalam memahami dslr. aperture. boleh bunyik 'ape tu', 'ape cer', 'ape tu re' dan macam2 lagi bunyi yang masing2 suka. aku bunyikkan 'aperture'. =p

haha. aperture juga salah satu elemen basic dalam photography.daripada apa yang aku paham. aperture ni mengawal focal length bagi sesebuah lens. focal length mengawal kedalaman sesuatu gambar. analoginya. aperture ni macam lubang cahaya.
sebelah kiri aperture rendah. sebelah kanan aperture tinggi.
credit to goldfries.
paham apa maksud aku? semakin tinggi nilai aperture, semakin sempit lubang lens tu akan terbukak dan sebaliknya. maka dengan lubang lens yang sempit, gambar itu boleh diambil dengan lebih dalam atau jauh. dengan lubang lens yang lebih luas, gambar itu hanya boleh diambil dengan kedalaman yang sikit atau dekat. haha. mesti susah nak paham. meh aku demo sikit.


ok. gambar atas adalah dengan aperture tinggi dan gambar bawah adalah aperture rendah. dengan aperture rendah. kedalaman gambar itu akan menjadi lebih cetek la sengan paham. maka. objek yang dekat akan difokus. dengan aperture tinggi, kedalaman gambar akan menjadi lebih dalam maka objek jauh akan menjadik fokus semuanya. 

sudah paham? ok. seperti shutter speed, aperture juga ada side effect.brightness. juga seperti shutter speed. ok. apabila aperture rendah, lubang lens akan terbuka luas. maka banyak cahaya yang akan masuk. kesannya gambar akan jadik terlebih terang. dan juga sebaliknya. untuk menstabilkan balik kemasukan cahaya itu, kita perlula alter dengan shutter speed dan juga ISO. inilah pentingnya kerjasama tiga beradik shutter speed, aperture dengan ISO. 

dah paham sikit2? aku pun mula2 susah nak paham pasal aperture ni. tapi bila dah 2-3 puluh kali try ok la. =D

nilai aperture berbeza mengikut lens. kalau nak cek. tengok kat depan lens tu. macam ni.
credit to dpreview
ok. macam lens kat atas ni. nilai aperture dia. 2-2.4 dengan 9.7-48.5. tapi kalau kit lens selalu 3.5-5.6 dan ke atas.

ok. setel bab ni. nanti aku sambung pasal ISO pulak ok.

2 comments:

si andy yang baik! said...

meoww!!!

mcm mne lak nak bace aperture tu??

afifamalibinothman said...

kalau tengok kat skrin tu.. yang ad huruf 'F'.. contoh macam F29, F5.6, tu nilai aperture la.. =)