Tuesday, December 21, 2010

TRON Legacy n Hantu Kak Limah Balik Rumah review!

haritu pergi tengok cerita ni dengan family. tkdela tengok sekali dua movie terus. tengok asing2 hari lain2 ok. first time plak nak review2 movie ni. haha.

klau aku nek ni smart tak?? haha..
ok. first aku tengok cerita TRON. dah lame dah aku tengok dia punya triller dulu. berminat nak tengok. triller macam best. cerita pun best jugak. =)

ok. cerita ini mengisahkan Flynn, yang telah terjumpa satu miracle dalam dunia digital, yang dia gelar GRID. memang hebat GRID ni. kalau betul la ada. senang semua kerja. haha. n bila si Flynn ni sibuk membina empayar barunya, klon Flynn iaitu Clu yang telah membelotnya. Clu telah disuruh untuk membina empayar yang paling sempurna seperti diarahakan oleh Flynn. oleh sebab kegairahannya untuk membina sesuatu yang sempurna, dia telah bertindak membelot Flynn. lalu Flynn terperangkap la dalam GRID meninggalkan Sam si anak Flynn yang menunggu kepulangan ayahnya.

di tengah2 plot cerita ni yang paling best. apabila Sam mahu keluar daripada GRID itu sendiri dan membawa ayahnya serta Quorra keluar dari situ. jalan cerita yang memang menarik untuk ditonton. yang bestnya. cara menipulasi sistem digital tu. haha. yang tu la orang nak tengok pun kan. aku bagi thumbs up la sebanyak 7 bintang.


ok. cerita ni maktam aku ajak tengok. baca paper semua dah box-office dah ini cerita. kesinambungan cerita zomba dulu tu. =) so, tengok la. hee. cerita ni memang lawak. tak tahan aku gelak sorang2. mana ada gelak sorang2. semua orang dalam panggung tu gelak ap. hee. 

mengisahkan pasal Husin yang pergi bekerja di singapore yang tiba2 putuskan pertunangannya dengan Cik Nin. disebabkan ekonomi Husin yang tidak dijamin, dia bekerja bersungguh2 di sana untuk mengumpul duit sebagai persediaan untuk mendirikan rumah tangga. selepas 3 tahun, Husin pulang ke Kampung Pisang. masa dia balik tu, dia terjumpa Kak Limah terjengei matanya menghadap ke langit. setelah beberapa kejadian yang tidak diingini berlaku, Kak Limah dikatakan hantu di kampung pisang tersebut. nak tahu cerita selanjutnya? tengok la sendiri. haha.

ok. cerita ini banyak memberi kutukan yang membina yang diselit2 dalam skrip. ada yang lawak. ada yang seram. ada yang serius. tapi overall ok la bagi cerita komedi-seram. =). aku bagi thumbs up 5 bintang. 

1 comment:

azreenazeman said...

sy bru jek plan nk tgk crite TRON ni..
huhu..
sbb trtarik dgn thriller dy jgak..
tgk cm best jek.. ;)