Thursday, January 27, 2011

oh. oh. oh. dah cuti rupanya.

haha. tadi senang gila membe aku set dengan lecturer untuk cancel klass untuk esok. haha. dapat2 green light terus semua semangat saja nak pergi kelas terakhir tadi. (kelas kansel saja cepat je engkau2 semua ni.)

maka dengan ini aku mengishytiharkan esok dah start cuti. haha. so. esok petang pukul 3 lebih selepas solat jumaat. aku akan gerak balik ke KL dan setrusnya ke Kulim. harap perjalanan tidak ada aral melintang.

so. untuk cuti ini aku telah meng'list'kan beberapa perkara untuk aku lakukan.

  1. siapkan lab report fizik. (kalau boleh la. haha.)
  2. shot gambar long exposure dekat uptown kulim. (dapat spot baru. =)
  3. belajar edit tone gambar terutamanya skin tone.
  4. tolong ibu aku siapkan katalog kuihnya. (maybe)
  5. pergi ambil beg canon dengan tripod dekat sunway.
  6. siapkan satu sekuel The 101's Chronicles.
ok. ini saja yang aku baru listkan. dalam tempoh seminggu. aku rasa sempat kot. =)

p/s: ada orang tak abes2 merajuk lagi la. =(

Wednesday, January 26, 2011

uv filter. lens protection di cakapshutter.

dah ada entri baru. entri kali ini bertajuk.


(klik untuk ketahui lebih lanjut)

Monday, January 24, 2011

handphone semakin nazak.

ok. aku tak tahu kenapa dua tiga hari ni telepon bimbit aku buat hal. kejap2 dia mintak suruh taipkan no pin simkad dan lepas tu line tiba-tiba hilang. nazak dah kot telepon bimbit ni nak suruh aku tuka yang baru. haha. carlsamsudin ada nak let go blackberry bold dia rm1000.. kalau ada cukup duit. dah lama dah aku tibai. haha.
oh handphoneku.
credit to google

minggu ni memang agak longgar sedikit aktiviti. sebab semuanya aktiviti yang tidak memeningkan kepala dan melemahkan badan. haha. aktiviti menembak zombi tatkala tengah malam dan juga baru2 ni aku pergi ke air terjun kota tinggi dengan membe-membe kolej aku. sayangnya dslr aku ada membe lain pinjam so tak dapat la nak shot gambar untuk ditayangkan di sini. anyway, tempat tu best walaupun ada bayaran yang dikenakan ke atas pengunjung. ada ikan2 yang menggigit2 kaki semasa berendam dalam air sungai. nasib bukan piranha. haha.


p/s: makin lama makin malas rasanya diri ini. tolonglah datang balik semangat rajin ni.

Friday, January 21, 2011

The 101's Chronicles.

ok. pernah datang bilik 101 X2 KTGB tak?? kalau pernah datang. mesti kenal aku sebagai penghuni bilik tersebut. haha. kali ini aku nak ceritakan apa yang aku dan rumate aku lakukan di kala petang yang bosan.

tanpa persediaan yang rapi tambah idea yang spontan. rumate aku telah mencadangkan untuk membuat video. haha. aku pun dah lama merancang untuk menghasilkan video2 ni. dah lama aku donlod tutorial after effects. tapi haram tak pernah sentuh.

walaupun tanpa skill yang hebat. aku dan rumate aku teruskan jugak projek ni. projek yang kami panggil,

The 101's Chronicles. 

haha. nantikan episod 1 nanti ok di youtube. aku akan postkan linknya di sini. =)

p/s: nak buat bbq kat utm ni sesuai kat mana?

Wednesday, January 19, 2011

saya masih penat.

ok. semalam aku pergi joging pusing nak dekat separuh UTM. haha. dah lama gila tak berlari2 ni. sekarang pun masih terasa kat otot2 ni sebab terkejut lama tak exercise. btw. semalam exsaited saja nak naek basikal. tapi hampeh. haha.

hari ni tiada apa2 yang spesel sangat. dapat tahu tadi kem untuk student fizik minggu ni tertunda ke minggu selepas cuti raya cina. so. hujung minggu ni mungkin akan membosankan jugak. :-__-:

tadi pergi sembang dengan dengan Dr. Zuhairi pasal GOP. dari sembang2 tu aku dapat tahu jugak la serba sikit perjalanan gerak kerja ni macam mana. baru terbuka sedikit mind aku ni tentang peluang melawat ke negara orang lain. tidaklah susah kalau tahu macam mana nak tackle. =)

orait. hari ini aku cuma nak bagi advised sikit kat orang2 di luar sana. kadang2 kita ni janganlah terlalu menyendiri menyebabkan kadang2 orang akan pandang serong kat diri kita sendiri. dan bila orang2 ni bercakap mengenai 'ketidakwujudannya' dan menyalahkan orang lain termasuk rakan2 dan keluarga. itu memang agak tidak boleh diterima bagi sesetengah orang. ok.

p/s: susah betul la zombi2 ni nak mati. terketar2 lutut aku aihh!

Sunday, January 16, 2011

ahad.

selamat hari ahad semua. hari ini agak lain dari yang lain. bangun awal pagi di hari ahad untuk join budak2 main futsal. tapi aku tak main pun. hanya shot gambar sket2. dengan hanya kit lens. aku tibai jugak sebab nak amek feel walaupun takdak lens yang sesuai. ambil pengalaman kata orang. =)

ok. hujung minggu ni agak membosankan. semalam aku melilau2 sekeliling utm sebab tak tahu nak buat apa kat bilik. pergi naik balai cerap la. masuk hutan rekreasi la. haha. las2 balik bilik tak tau nak buat ap jugak. haha. malam semalam pergi tengok forecast baru buat persembahan. agak meng'entertain'kan. =)

semuanya sporting. lawak pun lawak. haha. teringat masa aku dengan membe2 aku dulu. =)

hari ini pun tak tahu nak buat apa dekat bilik. ada orang ajak turun training frisbee. tapi aku takdak kasut yang boleh dipakai. ank pinjam semuanya kecik2. ksian kat aku. haha. tengok la macam mana nanti. aku rasa aku boleh turun, aku turun la ok. =)

ekceli kan. aku taktau nak mengarut apa lagi hari ini. haha. ok. bye.

p/s: sesiapa tahu macam mana pelaburan ASB tu. aku blur sikit la.

Friday, January 14, 2011

lens oh lens.

ohh.. baru2 ni dah terasa nak upgrade lens. yang ada sekarang ni hanyalah kit lens. teringin nak pakai zoom lens. boleh zoooooooooommmm jauh2 sikit. haha. setelah mengusha2 lens. sekarang hanya tertumpu kepada prime lens. 50mm f1.8.. yang tu je la kot aku mampu takat ni. harap boleh la dapat dalam sebulan dua ni. 

tercari2 jugak kot2 ada yang jual zoom lens 2nd hand ke. ok jugk kot. tapi susah nak carik. kat kedai sah2 tidak ada. internet saja la sumber pencarian. harap2 ada la yang terbaca yang bermurah hati ingin menjual lens mereka. haha. =)

ok. bercerita tentang lens ni. aku nak kupas sikit la. tak banyak pun yang aku tahu. baru setahun jagung la katakan. lens ni banyak kategori. ada prime lens, zoom lens, telephoto lens, macro lens, dan berlens2 lagi la. haha. 

lens2 ni dikategorikan menikut spesifikasi yang tersendiri. contoh seperti prime lens. prime lens ni, focal length dia tak boleh berubah dah. maksudnya, lens ni tak boleh diubah2 zoom. dia kekal untuk sesuatu focal length. contoh lens, 50mm, 35mm, 70mm, dan banyak lagi. satu kelebihan prime lens ini adalah lens ni terbaik kalau nak tangkap gambar portrait. sebab aperture boleh pergi ke tahap yang paling rendah berbanding lens2 jenis lain. satu lagi. untuk gambar2 bokeh. prime lens adalah yang terbaik selepas zoom lens.

zoom lens pulak, dah nama pun zoom. mestilah boleh zoom jauh2. haha. ok. selalunya focal length untuk zoom lens ni tinggi. contoh, 55-200mm, 18-75mm, 55-300mm, dan banyak lagi. lagi tinggi focal length lagi jauh zoom boleh pergi. zoom lens ni kelebihan dia untuk tangkap gambar yang jauh or kita nak dekatkan lagi objek dalam frame. dan untuk bokeh jugak lagi. zoom lens memang terbaik. satu sebab kalau kita jauh dan gabungkan dengan wide angle lens, frame yang besar dan juga aperturenya yang memang sesuai sekali untuk gambar2 bokeh. 

ok. takat itu je yang dapat aku kongsikan. bila2 aku akan tambah2 lagi eh knowledge yang aku tahu sikit2. =)

p/s: pagi tadi masa kuliah hubungan etnik. lecturer tu bercakap terlalu laju. pening jugak aku dengar dia cakap tu. bukan tak paham. tapi pening. haha. paham tak?

forecast 16!

salam. hari ini hari kames. malam jumaat. orang indon kata malam keliwon. haha. nak tahu sebab ap? sebab malam ni mereka kata banyak makhluk2 yang tk dapat dilihat dengan mata kasar berkeliaran. betul ke? haha. tu aku tak tahu. tapi hati2 la siapa2 yang kat luar tu. takut2 nanti terserempak ke. terpacak keras depan 'makhluk' tu. haha.

ok hari ini junior forecast register. forecast batch 16. student2 mrsm dari seluruh negara yang terpilih untuk mengikuti program ijazah sarjana muda di UTM dengan dibiayai oleh MARA. memang sungguh bertuah budak2 ni. =)

aku tak nak la cakap panjang2. tapi aku tengok overall ok. walaupun ada sedikit geli hati tengok mereka2 ni teringat aku mula2 masuk dulu. haha. tapi tu cerita lapuk. tak usah nak disebut2. =)

apa-apa pun aku harap batch ni boleh buat yang terbaik untuk diri mereka sendiri. bukan setakat dalam pelajaran saja. malah untuk diri sendiri. ok.

p/s: tadi makan mee wantan kat kolej 11 sedap. =)

Wednesday, January 12, 2011

Keeper of the peace a.k.a Kyle

seperti yang dijanjikan. akan ada hadiah untuk follower ke-100 aku. dan aku akan review kan blog beliau.




it should be Kyle's not mine. haha.

tahniah kepada kyle kerana telah berjaya menjadi follower ke-100 aku. 100 ni nombor unik. sebagai salah satu cara aku nak appreaciate follower dan diri sendiri dalam dunia blogging. aku sediakan la sesuatu walaupun tak banyak~

berasal dari Sabah. (jauh jugak. camne aku nak antar gift ni?? haha) berumur 24 tahun. nama penuh beliau adalah 'The Keeper of Peace". haha. (nama terpaksa dirahsiakan atas permintaan tuan blog ok.) sekarang tengah sambung phD dekat UMT. (eh. aku ada membe 2 3 orang kat situ.)

sedikit tak banyak pasal beliau yang aku boleh korek. haha. ada minat yang sama dengan aku dalam photography. ok la tu bro. lepas ni bla2 blh gather sama2 ok. 

boleh bercakap dalam 6 bahasa. interesting. aku hanya 3. haha.

selalu disalah anggap sebagai chinese kelantan. sebab mukanya yang sebegitu rupa. mula2 aku ingatkan melayu tapi kenapa nama cina. haha. lepas tu baru aku tahu.

beliau tak pernah lagi sampai ke johor. semua negeri lain dah pergi. bila2 free datang la joho bro. =)

beliau lahir cukup2 hujung tahun. haha. orang paling muda sebaya beliau. style!

aku suka ayat dia yang ni. -

Kyle believes that what we do will affect 
others and contribute to the larger society,
 no matter how small a contribution was done, 
so don't wait for others, start from ourselves.

dalam maksud dia. ok. dari segi blogging beliau. memang beliau tidak banyak mendedahkan identiti dalam dunia blogging. ada orang ada cara tersendiri. content2 blog dia jugak2 banyak info berguna. ada juga post berkenaan pendapat beliau sendiri tentang sesuatu perkara. btw, it is a nice blog. follower pun dah seribu lebih. aku baru je 100. haha. 

ok. kepada Kyle. tahniah sebab jadik penekan button follow aku yang ke-100. =)

p/s : Politeness and consideration for others is like investing pennies and getting dollars back. (quote from Kyle)

Tuesday, January 11, 2011

bes follower.

ok. tadi aku di tag oleh uzairsuhud dalam award the bes follower. kena jawab dulu ni. hee.


thanks eh uzairsuhud. dia ni member dari sekolah menengah dulu n masa SPM satu kelas dengan aku. sampai la ke foundation Express-MARA UTM 2010. sekarang amek aeronautic engineering. saper2 tringin nak kenal2 dengan dia boleh follow dia ok lepas ni.


Ucapan anda..?
thanks weyh selalu rajin tag aku. haha.

Berikan 4 ciri boy/gurl idaman untuk dijadikan husband/wife :
bukan lelaki atau separuh lelaki pun taknak. haha.
pandai memasak. aku taknak makan malam2 kat luar ok. =p
caring. nanti aku sakit wajib jaga aku. hee.
direstui oleh parent. InsyaAllah. =)

Berikan 1 tips untuk kekalkan relationship korang dengan partner korang :
 understanding. sebab ni la paling penting walaupun aku tak dapat nak bagi 100%. tapi 


Pernah anda jumpa doa perdekat jodoh & putus cinta..?
haha. ada plak doa putus cinta? tak penah plak jumpak.aku cuba. =)

Letakkan 10 link pilihan anda & tell them that they have won this award.

dan special punya. aku tag follower ke-100 aku. 


p/s: lepas ni aku akan review blog kyle ni ok. thanks jadik follower aku ke-100. =)



Monday, January 10, 2011

follower ke-100. =)


ok. terasa diri nak bagi sumting untuk para2 readers. haha. untuk 1st time ni aku tunggu sapa yang jadi aku punya follower yang ke-100. ada hadiah misteri menanti anda. plus kalau dia ada blog. aku akan review blog dia ok. haha. tempat tinggal lagi dua tempat je. sekarang dah 98. =)

Sunday, January 9, 2011

Anniversary Forecast '15.





7hb Januari 2010 merupakan langkah pertama aku bertapak di UTM. memulakan perjuangan sebagai salah seorang pelajar tajaan MARA dalam program Express-MARA UTM. atau sebagai singkatannya Forecast. batch yang ke 15.

foundation yang hanya berjalan selama 5 bulan lebih dengan hanya menggunakan keputusan percubaan SPM. silibus yang serupa dengan silibus matrikulasi yang mengambil masa 1 tahun. aku dengan kawan2 kat sini bersama2 menempuh harung 5 bulan belajar foundation. memang agak berat. tapi tak boleh la nak merungut. sebab ni semua ilmu. tak susah kalau diri sendiri pandai menggunakan peluang2 yang ada.

forecast ni jugaklah yang telah mengajar aku bagaimana realiti kehidupan di universiti yang sebelum ini aku hanya berangan2. alam sekolah terus ke alam universiti. orang lain alam sekolah ke alam matrikulasi atau asasi atau lain2. walaupun dalam masa yang singkat. aku dan kawan2 dapat membiasakan diri.

dengan berbekalkan sedikit sebanyak ilmu yang diperolehi semasa foundation. aku diterima masuk ke UTM untuk meneruskan pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda Sains Fizik. ramai jugak yang tertanya2 mengapa aku mengambil bidang fizik ni. kan lebih baik ambil engineering. tapi aku tetap jugak dengan keputusan aku. sebab, I am an ordinary boy with an extraordinary dreams!!

semalam berlangsungnya jamuan BBQ sempena setahun aku dan kawan2 forecast berada di sini. berkumpul beramai2 memang mendatangkan balik nostalgia bagaimana kami semua bersama2 masa foundation dulu. ni ad antara gambar2 yang aku shot sket2 semalam.
organiser penting. =)
tukang2 peridup api tapi tak idup pun. haha.
ni baru nak idup.
ni mesti masuk mulut sambil2 ni.
Forecast '15. =)
penghulu. 
idea syahmi. smart. =)
nak tengok gambar lain2 silalah pergi ke fesbuk aku. =)

p/s: malam ni AJL. aku sapot Hujan dengan A.P.I.

Friday, January 7, 2011

jadual baru aku.

ok. kerana semangat yang baru sem ini. aku dah sediakan satu jadual untuk diri sendiri. jadual aku sepanjang minggu untuk sem ini. harap aku boleh keep on dengan jadual ini. kehendak sendiri ini. =)


ampa rasa boleh cemerlang tak? haha. ini just planning saja. semuanya tertakluk kepada terma dan syarat. haha. ok. yang berhuruf2 tu adalah sesi kuliah aku. so masa tu takdak sapa boleh kacau aku. kecuali dengan sebab tertentu. =p

yang lain2. aku nak isila masa kosong dengan perkara yang berilmiah sikit. maknanya aku akan revise balik la ap yang aku belajar selepas atau sebelum itu. pernah try ni dlu. tapi tak tahan lama. so. kali ini aku akan try to keep it up untill minggu exam. hope so.

masa2 yang lain seperti luxury time adalah masa bagi aku untuk berehat. rehat takkan tidur je. penat jugak nanti tido banyak2. so. masa ni la aku akan on9, main game ke, shoot gambar ke, main pingpong ke, joging ke kan.

phototime adalah masa untuk aku bermain2 dengan fotografi. masa ni aku akan gunakan untuk belajar atau edit gambar ke kan. dari semasa ke semasa aku akan upload hasil mouse aku kat cakapshutter ok.

seperti orang lain aku jugak ada problemnya. masalah aku yang utama aku kurang pengurusan. so dengan adanya benda berkotak2 di atas tadi aku harap dapat menguruskan masa dengan lebih efisien. =)

takat ni saja ok.

p/s: esok ada bbq sempena ulangtahun Express-MARA UTM '15. Happy annyversary. esok aku akan tembak 550d aku banyak2 ok. =)

style ke?. =p

ok. seperti yang dijanjikan dalam entri beberapa lepas. aku akan menjawab sapa2 yang mentag aku. =)

orang yang sama jugak tag aku. uzairsuhud. thnaks weyh. =)



ekceli aku tak tahu apa nak dibuat. tapi aku tengok uzairsuhud buat. aku buat je la.

8 cerita pasal diri aku:-


  1. nama penuh aku afif amali othman. umur 19 tahun. anak sulung. tinggal di kulim.
  2. belajar di UTM, skudai. ambil course Pure Physics.
  3. seorang yang pendiam. (orang kata bukan aku kata. =p)
  4. minat mengshoot and mengedit gambar. sekarang dengan adanya teman aku, canon 550d baru boleh nak kembangkan minat aku. 
  5. suka dengar lagu2 indie rock buatan malaysia. hujan. MUH. statik. butterfingers. One Buck Short.
  6. dulu aku main skateboard. sekarang dah tak main sebab tak ada kawan sekepala. huhu.
  7. teringin nak ada tablet macam ipad atau galaxy tab. android tab dari CSL pun jadik la. haha.
  8. saya sekarang seperti tajuk filem, " I'm Not Single". =p
ok. dah. lepas ni. aku tag-


Thursday, January 6, 2011

brain shock.

haha. ok. ni aku nak cerita pasal kelas fizik hari ini. subjek fizik moden. tak sama dengan fizik2 sebelum ini iaitu classical fizik, fizik moden ni merupakan era baru selepas einstein dalam bidang fizik. serba-sedikit la yang aku tahu sebelum ni.

subjek fizik moden yang aku tengah belajar ni lebih kepada solution to the unresolved question before the 1900s. tokoh yang paling terkenal adalah senior aku sendiri. albert einstein. haha. perasan gila. selepas si rambut putih mengerbang ni menghasilkan satu teori iaitu teori special theory of relativity. apa yang dinukilankan oleh si galelio dan jugak newton diperbaiki. malah dikatakan hanyalah special case.

haha. aku taknak bercerita panjang. tapi dalam kelas ni aku agak culture shock jugak dengan teori2 ni. sepatutnya tak jadik masalah kepada aku sebagai budak fizik tulen. tapi tula. nak buat macam mana. kena berusaha lebih keras ok. doakan aku. =)

kalau aku score dalam subjek ni. aku bagi semua orang giveaway. haha. (yelatu.. =P)

p/s: baru balik dari Benut. aku terpikir sejenak bagaimana sebuah rumah boleh mempunyai 30 ekor kucing dewasa tidak termasuk anak2. agak2 ampa. macam mana owner dia ingat satu persatu kucing2 tersebut. aku agak tergamam. =)

Wednesday, January 5, 2011

yuran sem.

salam semua. selamat hari rabu. hari ini hari rabu. =)

ok. hari ini aku nak update pasal masalah yuran sem aku ni. samala dengan membe2 aku kat sini. semua dah pening2 kepala macam mana yuran sem ni.

dulu masa aku nak register untuk masuk degree. apa yang aku paham. satu sem yuran RM660 + dengan lain2 + dengan yuran kolej. dan aku tak pernah tahu pulak yang MARA tak akan bagi duet yuran kolej which means aku kena bayar sendiri.

sem lepas MARA bagi dua cek RM660 (walaupun satu lagi cek aku tak dapat. masalah betul.) masa tu aku ingat satu untuk yuran sem ni dan satu lagi untuk kolej. tapi sampai sekarang aku dan membe2 aku tak paham lagi tujuan cek tu.

kalau kata yuran pengajian ditaja oleh MARA manakala yuran kolej ditanggung sendiri. kenapa MARA bagi sampai RM1320 untuk sem lepas sahaja? sem ni M|ARA bagi lagi RM800++. cukup hanya untuk yuran pengajian. lagi RM500++ elaun bulanan. kalau aku nak bayar kesemua yuran tu, maka aku kenalah korbankan elaun makanan aku sebab yuran kolej pun dah RM400++.

adeyh. sekarang tengah pening2 sama lalat. haha. so esok aku maybe akan ke pejabat untuk berjumpa orang tertentu. tadi dah pergi tapi tak ada orang. pening2.

p/s: Pakatan Sulit ada misi rahsia bulan ni. jom investigate. sini. =)

Monday, January 3, 2011

jadual pack.

ohh.. hari ni bermula kuliah first untuk sem ini. bila aku tengok2 balik jadual. memang padat. tak sempat nak terberak pun. haha. ok. tak kisah. aku janji aku akan berusaha keras untuk sem ini.

sempena dengan ini. aku nak lancarkan blog baru aku. =)

cakapshutter.blogspot.com

blog ni sempena dengan tujuan aku untuk memperbaiki skill2 aku dlm fotografi. komen dan segala aduan bolehlah dikemukakan ok. harap support ok.

ini saja. thanks. =)

p/s: lepas ni tk blh la nak rehat2 mcam dulu tengok muvi. huu. -__-'

Sunday, January 2, 2011

2.1.2011

salam semua. aku ingat nak update semalam. tapi sesudah sampai di UTM. internet tak ada. haha. so aku baru dapat internet hari ini dan akan update walaupun dah lambat. 

Selamat Tahun Baru 2011

ok. uzairsuhud ada tag aku dalam satu giveaway. tapi aku tak sempat nk buat la. sori la uzairsuhud. haha. lenkali hg tag aku lg aku buat ok.

hari ini 2 haribulan. esok dah 3 haribulan. maknanya kuliah akan bermula tepat jam 8 pagi esok hari. sebulan lebih cuti duk kat rumah aku rasa dah lost la. haha. dulu ingat nak pinjam tesis fakulti bawak balik rumah baca sebagai pengisian. tapi tergendala. so sebagai permulaan sem baru ni. aku azam aku taknak la macam sem 1 dulu. banyak buang masa untuk perkara2 tk berfaedah. (game terkecuali.. haha)

list yang aku nak selesaikan dalam masa 3 bulan pertama ni.
  • jadikan diri sendiri ada identiti saintis. haha.
  • belajar guna dslr supaya lagi terer. nanti boleh amek upah shoot kalau dah terer.
  • selesaiakan benda2 yang tergendala dahulu.
  • joging tiap2 hari. ok. aku tipu. seminggu 3 kali. hee.
  • jadikan diri sendiri lebih baik dari dulu.
ok. ni apa yang aku nak accomplish dalam masa 3 bulan pertama ni. cukup 3 bulan aku akan review balik dah selesai belum.

ok. aku ada kerja nak buat kejap lagi ni. jumpa lagi. =)