Friday, January 14, 2011

lens oh lens.

ohh.. baru2 ni dah terasa nak upgrade lens. yang ada sekarang ni hanyalah kit lens. teringin nak pakai zoom lens. boleh zoooooooooommmm jauh2 sikit. haha. setelah mengusha2 lens. sekarang hanya tertumpu kepada prime lens. 50mm f1.8.. yang tu je la kot aku mampu takat ni. harap boleh la dapat dalam sebulan dua ni. 

tercari2 jugak kot2 ada yang jual zoom lens 2nd hand ke. ok jugk kot. tapi susah nak carik. kat kedai sah2 tidak ada. internet saja la sumber pencarian. harap2 ada la yang terbaca yang bermurah hati ingin menjual lens mereka. haha. =)

ok. bercerita tentang lens ni. aku nak kupas sikit la. tak banyak pun yang aku tahu. baru setahun jagung la katakan. lens ni banyak kategori. ada prime lens, zoom lens, telephoto lens, macro lens, dan berlens2 lagi la. haha. 

lens2 ni dikategorikan menikut spesifikasi yang tersendiri. contoh seperti prime lens. prime lens ni, focal length dia tak boleh berubah dah. maksudnya, lens ni tak boleh diubah2 zoom. dia kekal untuk sesuatu focal length. contoh lens, 50mm, 35mm, 70mm, dan banyak lagi. satu kelebihan prime lens ini adalah lens ni terbaik kalau nak tangkap gambar portrait. sebab aperture boleh pergi ke tahap yang paling rendah berbanding lens2 jenis lain. satu lagi. untuk gambar2 bokeh. prime lens adalah yang terbaik selepas zoom lens.

zoom lens pulak, dah nama pun zoom. mestilah boleh zoom jauh2. haha. ok. selalunya focal length untuk zoom lens ni tinggi. contoh, 55-200mm, 18-75mm, 55-300mm, dan banyak lagi. lagi tinggi focal length lagi jauh zoom boleh pergi. zoom lens ni kelebihan dia untuk tangkap gambar yang jauh or kita nak dekatkan lagi objek dalam frame. dan untuk bokeh jugak lagi. zoom lens memang terbaik. satu sebab kalau kita jauh dan gabungkan dengan wide angle lens, frame yang besar dan juga aperturenya yang memang sesuai sekali untuk gambar2 bokeh. 

ok. takat itu je yang dapat aku kongsikan. bila2 aku akan tambah2 lagi eh knowledge yang aku tahu sikit2. =)

p/s: pagi tadi masa kuliah hubungan etnik. lecturer tu bercakap terlalu laju. pening jugak aku dengar dia cakap tu. bukan tak paham. tapi pening. haha. paham tak?

3 comments:

ShafiqIzwan said...

aku paham, aku paham. haha.

Muhammad Alif Bin Bohari said...

panjang kebenor crite psl lens ye...hahaha..ade jgk kwn dlm bidang nih...bgus2..:)

amelia said...

aku nak gak makhluk spt yg kau miliki.. hehe.. somewhere, somehow, somewhen, ko kne gak aja aku,,,